Sabtu, 30 Mei 2015

melahirkan anak secara ceaseran kurang 6 bulan dah mengandungm


Assalammualaikum w.b.t
Apa khabar semua, diharapkan sihat hendaknya..
Harini saya terpanggil untuk berkongsi kisah hidup saya yang mungkin boleh menjadi panduan kepada semua. Saya melahirkan nur khalisha secara kaedah ceasarean, selepas bersalin saya merasakan amat sukar menjaga luka ceaser ini berbanding bersalin secara normal untuk anak pertama. Walaupun anak pertama meninggal, tetapi ketika dalam pantang boleh dikatakan tiada masalah langsung. Luka saya sembuh selepas 2 minggu. Walaupun saya 'travelling' jauh untuk pergi temuduga. Tetapi kesakitan yang saya rasai ketika bersalin ceaser jauh lebih sakit jika dibandingkan kesakitan bersalin normal. Walaupun anak pertama saya tiada bersama ketika berpantang. Tetapi kesakitan dan kepedihan yang dirasai berbeza ketika berpantang kedua. Anak pertama saya meninggal dalam perut sewaktu kandungan berusia 36 minggu. Jantung berhenti berdegup, selepas diagnosis dijalankan bayi didapati sudah berak dalam perut. Saya dipaksa untuk melahirkan dia. Pintu rahim tidak terbuka, 0 cm. Doktor terpaksa memasukkan dua x ubat pembukaan jalan. Hasilnya selepas 3 hari baru boleh kuarkan anak syurga saya ini. Saya redha dan dipermudahkan. Anak syurga ini dapat dikeluarkan dengan sekali sahaja sekaligus bersama dengan uri. Nampak x penghuni syurga memudahkan ibu dia melahirkan dia ke dunia.
Berbalik, kes ceaser tadi selepas anak kedua berusia 5bulan, saya telah mula masuk kerja dan saya dapati luka ceaser saya masih lagi sakit. Saya sering mengambil ubat tahan sakit untuk menghilangkan rasa sakit ni.
Masa dalam pantang pun begitu, sakit sangat. Anak saya 20 hari hisap susu 'non direct feeding' iaitu menyusukan bayi menggunakan susu badan tetapi dengan menggunakan botol. Kebanyakan masa suami yang menyusukan anak menggunakan botol. Saya xlarat memegang dia, terlalu sakit. Bermacam ubat saya cuba untuk pulihkan luka, sampai la saya berjumpa dengan kak nurul huda yang memperkenalkan shaklee kepada saya.
Benda pertama yang saya cuba adalah esp iaitu energizing soy protein.


Hasilnya amat mengagumkan, sakit yang dirasai beransur-ansur pulih. Pergelangan tangan saya yang masuk angin ketika berpantang, juga kembali sembuh.
Saya juga mencuba set menyusu seperti di bawah;


Selamat Datang Ke Blog Izza

Selamat Datang Ke Blog Izza