Isnin, 24 November 2014

my beloved customer

Assalammualaikum w.b.t

Mengapa saya memilih tajuk ini? Memang betul saya sangat menyayangi customer saya. Artikel saya pada hari ini berkisar tentang pelanggan setia saya. Sebenarnya ada orang yang memohon untuk saya bercerita tentang testimoni pelanggan saya. Saya mulakan dengan keluarga saya dahulu dan diri sendiri.

Selepas saya melahirkan anak kedua secara pembedahan, saya selalu rasa sakit- sakit di kawasan pembedahan. Mula-mula saya fikirkan itu normal tetapi rupanya tidak. Saya perlu mencari alternatif baru untuk menghilangkan rasa sakit ini.

saya search di fb, dan berkenalan la dengan kak nurul huda. Dipendekkan cerita saya mencuba esp dan sebulan lepas tu alfalfa. Masa ni sakit di ari-ari dan tempat yang kena potong tue makin berkurangan. Alhamdulillah, berkat dengan izin Allah saya sembuh seperti sediakala.




testimoni ke 2

Abah menderita gout , darah tinggi dan hampir kena serangan jantung. Sebenarnya abah menderita gaout dah lama hampir 10 tahun. Alhamdulillah dengan izin Allah , berjaya sembuhkan abah. Sekarang, abah ambil omegaguard dan coqhealth untuk jantung dan darah tinggi.

Abah juga ambil alfalfa, performance drink untuk gout. Tambahan juga dengan ostematrix untuk mengurangkan lenguh kaki abah yang kecik.

Anda boleh ke pautan ini untuk membaca kisah abah

http://izzapis1505.blogspot.com/2014/11/cara-pulihkan-gout.html?m=1




testimoni ke 3

Saya paling suka dengan pelanggan tetap saya ini. Saya rasa selama lebih kurang setahun untuk saya mendapatkan kepercayaan mereka. Saya ringkaskan ni pasangan y. Suatu hari saya dikejutkan dengan suami dia yang masuk hospital sebab sesak nafas.

Keluar dari hospital pasangan ini mencari saya untuk mengamalkan shaklee. Alhamdulillah, saya mencadangkan omegaguard dan coqhealth kerana suami dia mengalami darah pekat dan hampir kena serangan jantung akibat kolestrol.

Yang paling best selepas suami nya sembuh, isteri nya pula seperti terpanggil untuk menggunakan suplimen ini. Akak ini bermula dengan set menguruskan badan seperti lecitchin dan alfalfa. Kemudian kini beralih dengan set kecantikan pula, sesuai dengan promosi bulan ni.

6 botol vitamin c = percuma sebotol

6 botol vitamin e=percuma sebotol

beli dua botol vitamin e=5 % diskaun

dua botol vitamin c = 5% diskaun





Alhamdulillah semuanye sembuh dengan berkat Allah. Kita hanya merancang, Allah yang tentukan.

Jika ada sebarang komen boleh tulis kat sini ye. Terima Kasih kerana sudi membaca.


Feel free to share,

izza
0193905919

cod-johor bahru, melaka,kota tinggi






Sabtu, 22 November 2014

ubat vs suplimen





Assalammualaikum w.b.t

Pengenalan

Mula-mula saya nak bagi penerangan beza ubat dan makanan tambahan. Pada asasnya ubat adalah hasil kajian yang terperinci dan mendalam ke atas sesuatu penyakit. Ubat juga ditambah bahan tambahan seperti contoh sebatian kimia di dalam kandungannya. Dan kadang-kala ubat ditambah dengan bahan makanan yang haram di makan oleh umat islam.

Saya akan kupas sebentar lagi. Dan satu yang nyata ubat dipelopori oleh orang bukan Islam. Malang sekali tidak ramai scientist ubat yang dilahirkan sebagai orang islam. Tidak hairan la ubat banyak mengandungi kandungan yang haram di makan oleh umat Islam.

Apa itu makanan tambahan?? Kadang-kadang orang kata buat apa membazir beli suplimen. Tapi dioarg sanggup pulak nak makan ubat yang tidak tahu dihasilkan oleh siapa. Walaupun dah sedia tahu bahawa suplimen ini terdiri daripada bahan makanan semulajadi seperti ikan dan tumbuhan. Dan yang pasti suplimen ini terdiri dari bahan makanan yang halal.

Contoh

Saya beri contoh diri saya sendiri, saya mengalami kulit kering di kaki. Dah bermacam cara saya cuba untuk menyembuhkan kaki saya tapi tidak berhasil. Dah bermacam krim yang disapu. Last sekali saya amalkan esp barulah berhasil. Sebenarnye esp ni membantu kulit, kuku dan rambut yang rosak.

Ajaib kaki saya yang gatal itu dah beransur pulih. Tambahan lagi luka pembedahan dan saya berjaya menjayakan penyusuan ibu secara ekslusif. Ada setengah orang kata menyusukan anak ni jika ada rezeki. Tapi bagi saya yang pertama mind set kena betul. Kita kena kuat semangat untuk menjayakan penyusuan ibu. Lebih lagi jika kita bekerja sepenuh masa seperti saya. Dan yang paling utama kita kena bersabar dan menikmati saat menyusukan anak. Alhamdulillah


Ubat

Dulu saya berpeluang bekerja untuk menjaga pengeluaran ubat. Alhamdulillah,  dengan sedikit ilmu yang saya ada saya dapati ada sesetengah ubat didapati diperbuat daripada khinzir. Subhanallah, kebetulan masa tu saya pegang ubat tanpa pakai apa-apa hanya menggunakan tangan saya. Menjerit penolong pegawai farmasi tu, dia suruh saya pakai glove. Jika pakai tangan nanti kena samak balik.

Ubat ini untuk pesakit yang menderita penyakit buah pinggang atau di ginjal. Saya minta maaf sebab terlupa nama scientific ubat tue. Ini yang saya tahu, saya pasti ada banyaklagi ubat yang mengandungi benda haram yang tidak boleh dimakan oleh umat Islam. Contoh lain seperti coklat cadbury. Ternyata selama ini umat Islam diperbodohkan.

Cuba anda fikir, mula2 kata halal, lepas tue haram. Lepas tue halal balik . Macam mana sekelip mata boleh jadi halal?
Ok.pasal benda tue saya tak mahu kupas lebih.
Selain itu, proses penyediaan ubat menyebabkan ubat sukar dicerna oleh tubuh.

Tambahan pula ubat ditambah dengan dadah yang dibenarkan. Itu yang bila kita makan ubat, berasa perut pedih. Susah nak membuang air besar. Ubat juga mengandungi sebatian yang kadang kala boleh membawa kesan buruk yang lain. Seperti contoh, sebiji panadol mengambil masa selama 60 hari untuk larut dalam badan kita.

Ubat juga mengandungi
tarikh luput yang tertentu. Seperti ubat batuk, jika dah buka dan telah diminum. Seeloknya jangan lebih 60 hari.

Suplimen

seperti yang kita sedia maklum sekarang ni suplimen tumbuh melata macam cendawan yang naik lepas hujan . Tapi kita sebagai pengguna perlu memilih suplimen yang benar semulajadi dan diyakini hasil penyelidikan nya. Anda boleh lihat samaada mengandungi label logo kkm. Dan bagi saya yang paling penting, berapa lama produk itu telah gunakan.


Jika anda perhatikan logo kkm terdapat pada sticker hologram warna kelabu itu. Jika suplimen yang anda amik tiada sticker begini, saya nasihatkan berhenti la penggunaan nya. Kerana dikhuatiri buruk padahnye apabila tua kelak.

Sebagai Contoh mak saya mengalami penyakit kencing manis selama lebih kurang 10 tahun. Mak juga sudah dikehendaki mengambil suntikan insulin dan mengambil ubat yang banyak. Setiap hari dia mengadu tak tahan kena cucuk insulin tue. Hasil dari suntikan tu saya dapati urat saraf mak banyak yang dah mati sebab mak dulu selalu suntik ditempat yang sama.

 Sejak saya tahu tentang fakta yang kita ken variasi kan tempat suntikan baru la mak tukar. Alhamdulillah, selepas munggunakan shaklee, kencing manis mak semakin baik sebelum ini 30 kini tinggal 7. Untuk tidak megambil suntikan insulin bacaan ujian gula perlu 7 dan berterusan selama setahun atau lebih. Selama mak mengambil suplimen shaklee, mak tetap makan ubat seperti biasa.

Penutup

seharusnya kita sebagai pengguna perlu bijak dalam mengenal kebaikan dan keburukan. Ada sesetengah perkara yang perlu kita buat persiapan agar tidak menyesal kemudian hari. Sebagai contoh, diri saya merupakan seorang yang keturunan kanser, nenek, mak sedara meninggal akibat kanser. Kakak saya juga pernah membuat pembedahan membuang ketulan kanser. Oleh itu, saya mengambil inisiatif menjag pemakanan saya.

Saya juga mengambil suplimen tambahan sebagai makanan tambahan saya. Sebagai contoh, kini saya tidak lagi mengambil ubat demam atau ubat selsema. Saya mengambil 2 biji vitalea dan 1 biji atau lebih untuk vitamin c ketika saya demam. Alhamdulillah , demam saya segera kebah dan kini antibodi saya semakin kuat. Sebab kalau diikutkan sebenarnya antibodi saya ni lemah. Anak saya juga tidak bergantung pada ubat, kalau dulu masa duduk dekat rumah pengasuh, kerap demam dan selsema. Selepas pengambilan shaklee, kini tiada lagi hingus meleleh.




Jika anda ada sebarang tindak balas atau ingin menambah sebarang info boleh komen kat bawah ini ye.

Feel alhamdulillah to share,
Iza
0193905919
izzapis1505@gmail.com
www.izzapis1505.blogspot.com

Sabtu, 8 November 2014

cara pulihkan gout

Assalammualaikum. w.b.t
bismillahirrahmanirrahim



Harini iza terpanggil nak cerita gan korang semua pasal abah. Kalau nak tahu rasanye abah menderita gaout sejak iza kecil, sebab dulu selalu kena picit kaki abah.
Kesian tengok abah,payah nak lelap sebab kaki abah rasa berdenyut sakit. Kitaorang adik-beradik kena picit kaki abah sampai tido. Kalau x pun pasang lagu hindustan atau picit lama-lama sampai abah tido.
Kalau nak tahu abah ni xpernah pantang makan dia pantang tengok je. Hahaha, tak pe tue semua kenangan lama.


Mengenali SHAKLEE

Mula-mula saya mengambil set menyusu iaitu alfalfa dan esp. Alhamdulillah susu yang mula merudum kembali meriah. Saya dikejutkan dengan berita yang abah hampir mengalami serangan jantung. Masa tue abah saya beri omegaguard dan coqhealth untuk elakkan darah tersumbat dan serangan jantung. Abah saya merupakan seorang perokok tegar. Oleh itu, risiko untuk mendapat serangan jantung amat tinggi. 



Abah hampir kemalangan kereta kerana jantung berhenti seketika, itupun kerana abah batuk sampai boleh hilang ketika sedang memandu. Amat ngeri bukan bagaimana sedang memandu dan tiba- tiba hilang dari pandangan.

Selepas kembali dari Hospital Tangkak, abah mengadu sakit kaki dan lenguh-lenguh. Gaout yang sememangnye ada kembali menyerang. Lagipun kaki kanan abah dah xde jari kaki sebab kemalangan lori semasa tahun 2003. Sekarang abah cuma ada kaki kiri yang sempurna, tapak kaki kanan telah dipotong separuh.

Yang tinggal hanya separuh tapak kaki yang tidak mempunyai jari. Sebab inilah abah sering merasa sakit seperti lenguh, bisa dan kebas. Doktor telah potong separuh tapak kaki abah kerana ketika kemalangan 4 jari kaki telah terputus. Jari yang paling hujung telah terkena jangkitan dan sebab itu Doktor terpaksa memotong separuh tapak kakinye.Selain kaki, segala daging di tangan abah hancur. Tulang ditangan retak , gigi belah kanan patah sebahagiannya.

Memang kalau difikirkan memang agak ngeri, tapi itulah realiti yang dihadapi. Tetapi semuanya dah berlalu selama 11 tahun.Oleh itu, saya mengambil Inisiatif mengurangkan sakit abah dengan mengambil suplimen. Suplimen pilihan saya adalah dari shaklee. Ini kerana shaklee 100% semulajadi dan tiada bahan kimia berbanding ubat.
Abah mengambil ostrematrix untuk tulang, alfalfa untuk gaout. Saya xkisah duit abis asalkan keluarga saya sihat.



Shaklee effect

Setelah mengamalkan suplimen shaklee, saya dapati sakit dikaki abah yang kecik tue dah makin berkurangan. Alhamdulillah batuk abah yang teruk kerana merupakan perokok tegar, sudah semakin pulih. lenguh dan bisa kaki berkurangan kesan pengambilan alfalfa. Abah juga mengambil vitamin c untuk memperbaiki bekas luka dan menguatkan imunisasi badan.

Feel free to share,
Iza
0193905919
Izzapis1505@gmail.com

Rabu, 5 November 2014

cara blogwalking

Aassalammualaikum w.b.t

Saya terpanggil untuk membuat entry ini kerana sebelum ini saya juga sering mengalami masalah yang sama. Saya maksudkan jika sesuatu blog itu tidak mempunyai wordpress atau tidak mempunyai ruang yang mesra SEO untuk meninggalkan jejak.

Lebih-lebih  blog saya ini, kalau anda perhatikan memang ruang untuk meninggalkan komen hanya boleh di terbitkan sebagai google account.gambarajah seperti ini :



Bukan disini yang saya maksudkan. Disini memang segala komen kita masuk, cuma bila diklik ia akan membawa kepada google plus kita. Tidak mengapa disini telah mempunyai link blog link kita. Ini memudahkan orang nak mencari kita. Yang saya maksudkan adalah gambarajah di bawah:



Apabila anda berada di ruangan ini anda akan nampak ruangan <>.Disini la perlukan apa yang akan saya ajar nanti.
Sebenarnye, ini diajar oleh Farrah Tower. Akan tetapi apa yang diajar oleh Farrah telah di edit oleh saya. Kerana tidak dapat dihasilkan jika menggunakan cara Farrah Tower.

Anda perlu :

<ahref=''http//:www.izzapis1505.blogspot.com /"> jemput ke blog </ahref>

Selepas tekan enter, anda boleh nampak alamat yang ditinggalkan akan terus masuk blog anda.

Cubalah hari ini..sesiapa yang xberjaya buat atau berjaya, share dekat sini ye.

Anda jangan risau jika tidak berjaya atau salah tekan, blogspot atau google itu sendiri akan, memberitahu kita error tersebut. Oleh itu jangan risau ye, have fun to try.
Yang penting ia dibuat dalam ruangan yang betul iaitu dalam < >

Feel free to share,
Iza
0193905919
izzapis1505@gmail.com

Selasa, 4 November 2014

keperluan omega 3 dalam badan

Bismillahirrahmanirrahim..
Sempena promotion omega, iza telah diberi assignment untuk mencari kelebihan dalam omega 3.



Nampaknye hasil dari pencarian saya mendapati badan kita amat memerlukan omega 3 ini. Sebagai contoh otak kita 30% terdiri daripada asam lemak iaitu omega 3. Sebab itu tak heran la kalau jika kita kekurangan omega 3 dalam tubuh boleh menyebabkan kita mudah terlupa atau nyanyuk. Oleh itu, sesiapa yang ada penyakit pelupa boleh mengamalkan omega 3 sebagai makanan harian.



Keperluan omega 3 untuk mereka yang tidak mempunyai masalah kesihatan adalah sebanyak 2-3 hidangan ikan setiap minggu. Makanan yang mempunyai omega 3 adalah salmon panggang dengan kenari, bayam drizzled dengan minyak zaiton.



Selain itu, omega 3 terdiri daripada minyak dari raps, kacang kenari, walnuts, alpukat, bayam, minyak canola & kacang kedelai.


Ibu hamil

Ibu hamil memerlukan 300mg omega 3 setiap hari. Ibu hamil perlu mengambil dengan jumlah yang banyak kerana otak bayi terdiri 70 % dari asam lemak iaitu omega 3.
Akan tetapi , apabila sampai saat melahirkan ibu hamil perlu menghentikan pengambillan omega 3 kerana dikhuatiri mengalami pendarahan semasa proses kelahiran.



Pesakit Jantung

Pesakit jantung juga amat memerlukan asam lemak, ini kerana omega 3 membantu mengelakkan darah mereka menjadi pekat dan mengurangkan risiko mendapat serangan sakit jantung. Memandangkan omega 3 tidak boleh diproses oleh badan manusia maka kita perlu mendapat omega 3 dari sumber makanan.



lelaki dan wanita

Wanita perlukan 2000 kalori diet tetapi tidak boleh melebihi 18 g lemak tepu. Lelaki tidak boleh melebihi 20g.

Pesakit sendi

Penghidap Rheumatoid Arthritis memerlukan 2.6 g omega 3 dalam badan. Dengan pengambilan omega 3 inflammation dan bengkak dapat dikurangkan.

Gaout dan Asma

Untuk pesakit ini disarankan pengambilan omega 3 nisbah 3 : 1

Kulit Cantik

Pemakanan yang seimbang omega 3 memerlukan nisbah 5 : 1 untuk penjagaan lengkap kulit yang cantik.

Omega 3 juga baik untuk tulang kerana didalam omega ini terdapat kalsium yang mampu kuatkan tulang. 60 % retina mata terdiri daripada omega. Oleh itu, jika anda rabun berkemungkinan besar anda kekurangan omega 3.

Keperluan lain Omega 3 banyak untuk badan kita. Ini kerana banyak penyakit yang penawarnya adalah omega 3.


Banyak produk omega 3 yang sesuai untuk diamal kan, hasil survey saya mendapati omega 3 jenama y berharga rm 150.00 dan hanya bertahan sebulan. Berbanding omegaguard shaklee mengandungi 90 biji dan harga kurang daripada rm 150 . Berbaloi kan. Tambahan dengan promo bulan November. Promo Twin Pack dan Promo buy 6 Free 1.

Sebarang komen berharga amat di alu-alukan.


Feel free to share,
iza
0193905919



Ahad, 2 November 2014

cara hilangkan selsema anak

Assalamualaikum. W.bt
Bismillahhirrahmanirrahim..

Hari ini nak share pasal anak  saya yang comel ni..

Sejak dia dah banyak makan nasi sebagai sebahagian keperluan badan dia.
Saya tengok dia selalu demam. Kadang2 bukan sebab apa keadaan cuaca kita masa kini penyebab dia demam.
Kesian tgk dia, nak tdo payah. Bila berjaga hingus meleleh2. Tak sampai hati btol. Puas dipikirkan macam mana nak buat, kalau kena batuk bunyi batuk mak ai..macam apa.

Sampai la satu hari terpikir nak bagi vitamin. Saya memilih vitamin c chewable shaklee khas untuk kanak-kanak kerana ia mudah dihadam.
Tidak merbahaya bagi anak saya yang baru berumur setahun 5 bulan. Vitamin c chewable ini perlu dihisap.

 Satu tablet bersamaan dengan 3 biji oren. Kalau tengok muka anak saya rileks je bila makan. Xkenyit2 matapun. Menurut anak buah saya yang berumur 8 tahun, ia sangat masam.

Heran gak camne anak saya boleh kunyah macam tue je.

 Sebotol tahan 3 bulan kalau bagi anak anda sehari sebiji sebab ada 90 biji.

Adakah anak anda pernah begini??

Kesian dia kalau anda biarkan tentu melarat. Dah la selalu kita tinggalkan dengan pengasuh atau taska.
Xkan la vitamin sebotol berkira, handbag mahal boleh beli.

Fikir- fikirkanlah..


Iza
0193905919
Cod johor bahru
Kota tinggi
Melaka
izzapis1505@gmail.com

Sabtu, 1 November 2014

siapa yang sesuai omegaguard

 Assalammualaikum..bismillahirrahmannirrahim

Promotion kali ini memang betul2 gempak


Buy 6 free 1
Dan buy twin pack
Dapat diskaun 5%..

Omega guard ni sesuai untuk :

Ibu mengandung

  • Bantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pramatang / bayi xcukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil
  • Menyalurkan khasiat utk sis imunisasi kepada anak &membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu & kualiti susu
Kanak-kanak

  • Pertumbuhan berat badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit, batuk, selsema , asthma
  • Memperkuat sis. Imunisasi badan

Mereka yang mengalami masalah berat badan


  • Omega 3 meningkatkan hormon leptine yang mengawal selera makan & akan terasa kenyang lama
  • Membantu proses bakar lemak
Mereka yang mengalami masalah kesihatan

  • Batuk berkahak, selsema
  • Sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit strok
  • Gout
  • Darah tinggi
Promosi ini sah sehingga 31.11.2014 sahaja



Iza
0193905919
Cod johor bahru



Selamat Datang Ke Blog Izza

Selamat Datang Ke Blog Izza