Selasa, 14 Oktober 2014

coqhealth penawar sakit jantung


Coqhealth salah satu vitamin yang boleh digunakan untuk menjana kesihatan jantung. Mengandungi 30 biji tablet dalam setiap botol. Jantung juga merupakan otot yang paling kuat bekerja di dalam badan.

Isi kandungan
Coqhealth menampilkan campuran semulajadi proprietari 100mg CoQ10 dan resverateroldidalam softgel yang bioavailable.
Koenzim Q10 .CoQ10 adalah nutrien larut di dalam lemak, yang dihasilkan oleh tubuh dan wujud di dalam sel2.


Simptom Pengurangan

1.Boleh mengakibatkan pengurangan COQ10 dalam jantung. Hal ini kerana kandungan paling tinggi COQ10 adalah dalam jantung.

 Fungsi

1.Untuk dapatkan kulit yang cerah, sekata & berseri
2.Dapatkan kulit yang tegang, sihat dan muda

3.Antioksidan terbaik
4.Melindungi daripada sinaran uv
5.Membuatkan kulit sekata dan menghilangkan tompok

6.Perlindungan matahari semulajadi

Perbezaan shaklee

Apa yang menjadik an coqhealth shaklee unik :


  • Mengandungi campuran proprietari coQ10 dan resveratrol , ramuan-ramuan yang membantu menjana jantung anda.
  • Bagi jantung -satu sistem penghantaran dengan menggunakan minyak zaitun semulajadi.

Siapa yang disyorkan mengambil CoQhealth?


  1. Dewasa sihat yang berumur 18 tahun ke atas yang prihatin tentzng fungsi jantung dan kesihatan arteri mereka.
  2. Dewasa lelaki dan wanita yang mengambil perubatan yang mungkin mengurangkan tahap CoQ10 didalam darah mereka.
  3. Wanita hamil atau mereka yang mengambil ubat-ubatan untuk mencairkan darah perlu mendapat nasihat doktor mereka.

Cara pemakanan

Satu biji setiap hari.

Testimoni

Bapak saya mengamalkan coqhealth setiap hari sejak kejadian yang menimpa apabila jantung abah tiba-tiba berhenti. Kerana kerisauan saya yang memuncak, abah kini mengamalkan omegaguard dan coqhealth untuk mengelakkan darah pekat dan simptoms serangan jantung berulang kembali.

Iza

0193905919

cara buat masker yang mudah

Selamat malam semua, hari ini iza nak share tentang cara mudah buat mask.

Ok. Kita campurkan
1 biji vitamin c
1 biji vitamin e

Dua biji alfalfa atau lebih ikut kesesuaian masing2.

 Vitamin c dan alfalfa merupakan tablet jadi agak susah untuk pecahkan menjadi hancur, kalau nak mudah tumbuk dengan batu lesung.


Yang nampak berbiji tue vitamin c yang belum pecahkan. Lenyekkan je pakai tangan
Vitamin e tue senang je just picit dan kuarkan cecair vitamin e..

Selain boleh sapu kat muka, masker ni juga boleh sapu di mana-mana bahagian kulit yang bermasalah seperti kedutan di perut akibat mengandung.
Pakai hingga 4 lima jam pun xpe, atau pakai time tdo je.


Dia bukan macam masker lain, dia semulajadi. lepas campur semua vitamin tue tambah air je. Kalau rasa pekat sangat boleh tambah air lagi. Saya sarankan biar lebihkan air sebab dia cepat kering. Satu set masker ni leh pakai dua org, memang jimat macam saya pakai suami isteri..


Memang betul-betul berkesan. Lega rasa sakit kepala saya hari ini lepas buat mask ni, ala2  dalam spa gitu..


Nak cuba
 Iza
0193905919

Ahad, 12 Oktober 2014

alfalfa dan saya

alfalfa dan saya. hmm saya mula mengenal alfalfa pada bulan januari 2014, masa itu ada promosi buy 6 free 1. walaupun saya baru bulan kedua menjadi ahli shaklee tetapi tidak sangka berkat kerajinan saya memperkenalkan alfalfa. Saya berjaya menjual dua set alfalfa besar sehingga habis cuma saya tinggalkan satu untuk saya. Dan dengan satu ni la saya buat 'tester' untuk kawan- kawan yang nak cuba. Alfalfa yang satu ni la habis bulan September hari itu. Berbaloi kan saya beli bulan januari sehingga bulan september, tahan 8 bulan. Dan yang paling saya suka saya dapatkan alfalfa ini secara percuma tanpa sebarang bayaran.

Sebotol alfalfa BESAR = RM 78 (Distributor Net ) RM97.50 (Retail Price)
Sebotol alfalfa KECIK = RM43 (Distributor Net ) RM53.75 (Retail Price)

Berbaloi kan bila jadi ahli shaklee, tengok jela perbezaan harga. Berbeza sangat, kita bukan sahaja dapat diskaun dalam setiap pembelian barang, malah kita juga berhak mendapat bonus pembelian diatas setiap uv barang yang kita dapat.


Tanpa saya sedar alfalfa dah menjadi sebahagian dari saya.Sebenarnya yang buat saya suka dengan alfalfa ini kerana ia membuatkan susu saya banyak dan sehingga sekarang saya tidak pernah lupa pengambilannya setiap hari.

Selasa, 7 Oktober 2014

sakit perut.argh!!!!!

Sedikit perkongsian dari saya, hari ini satu hari keluarga saya sakit perut. Gara-gara barbecue malam semalam. Kami menikmati ikan bakar, sotong, udang, hotdog dan macam-macam lagi.

 Dinikmati bersama nasi lemak dan nasi goreng. Isk memang lazat dan enak. Tak tahu la makan yang mne sampai sakit terus-terusan. Nasib baik saya lambat sikit. Malam ni baru rasa. Ahli keluarga saya yang lain sampai lembik2 penat membuang. Hahaha kesian kan, mungkin saya banyak dilindungi dengan suplimen hebat kot.

 Malam ni lepas saya rasa sakit, dalam 4x membuang terus cepat2 saya telan garlic shaklee. Memang sebenarnya klau ikut petua zaman nenek moyang kita, mereka mengamalkan memakan bawang putih yang dibakar sedikit untuk menghilangkan rasa sakit perut.  Alhamdulillah sekarang dah hilang sakit. Klau x jenguh juga nak ke tandas 3 empat x.

Boleh juga kita amalkan protocol st sebelum makan, omegaguard dan lecithin selepas makan. Ini semua untuk detox kembali semua makanan yang kita makan. Seperti yang diketahui, rakyat malaysia terkenal dengan pelbagai makanan yang tinggi kolestrol. Klau nak diperhatikan xkira bangsa, semuanya mengandungi kolestrol yang tinggi.  Klau tidak dimakan sudah menjadi amalan kita pula. Yela dah makan sejak kecik. Hmm, tue la rakyat malaysia.

Feel free to share,
Iza
0193905919


Sabtu, 4 Oktober 2014

pencuci 3in 1

Terkini teknologi terbaru , pencuci serbaguna 3in 1 .

Pewangi, pelembut dan pencuci sabun direct dari kilang .

Setanding jasmine 7 sama macam bau bunga.

Sabun ini terdapat 8 warna dan bau :

1.hijau : pomme (apple)
2.purple : lavender
3.pink : flora
4. Biru : escape
5. Turquoise : royal rose
6. Oren: max fresh (dynamo australia)
7.maroon : berry soft
8.kuning : orange

10 litre kandungannya.

 Hebat kan, nak cuba boleh hubungi
rosnazirah 0177489539


Jumaat, 3 Oktober 2014

balik kg

Hmmmm.mesti ramai suka topik ni kan.
 Dapat balik kampung kan mesti suka.
Tapi kaum perempuan adalah kaum yang paling sibuk. Macam saya la, sejak kahwin ni dan mempunyai anak tanggungjawab makin besar.

Nak layan anak, suami mengemas rumah, masak, layan tetamu dan banyak lagi. Penatnya rasa, lepas cuti naik keja nak keja plak.

 Keja memang xpernah habis. Berbalik-balik, tapi hakikatnya itu kehidupan. Kehidupan manusia tidak pernah sunyi atau lari dari masalah.

 Sekarang ni pun, saya belum tido lagi, melayan kerenah anak buah yang tidak pernah habis.

Kalau nak tahu saya ni dekat rumah mak mertua, ialah kena ikut bos. Bos nak balik kampung dia, jadi kita ikut jela.

Tapi xpe raya puasa hari tu dah balik umah saya kat melaka.

Alhamdulillah setelah 4 tahun kahwin, tahun ni pertama kali raya di rumah mak saya sendiri. Kalau x tiap-tiap tahun dekat kampung dia.

Ok, dikesempatan ini saya menyusun jari memohon ampun dan maaf. Selamat hari raya aidiladha ye.
Good nite. Take care

Khamis, 2 Oktober 2014

i love esp..set kulit cantik

Promosi bulan Oktober. WOW saya suka sangat kerana dengan esp saya kekal sihat, cergas dan cantik.
6 tin esp percuma 1 tin , berbaloi-baloi kan jika anda mengambil 1 tin esp selama 3 bulan , 6 tin esp boleh tahan 6 bulan.

Selain untuk kekal langsing esp juga bagus untuk kecantikan kulit. Sebagai contoh, anak saya minum susu saya yang mengambil esp sepanjang sesi penyusuan ibu. Alhamdullilah saya dapat lihat pebezaan kulit anak saya. Saya juga mengalami perubahan, kulit saya bersih dan yang paling penting saya bertambah sihat dengan esp.

Anda boleh rujuk artikel saya di bahagian ABOUT ME di bahagian utama blog ini. ESP juga pulihkan kembali tangan saya yang masuk angin ketika berpantang. Saya dapati luka pembedahan saya pulih dengan pengambilan ESP.

Sebelum mengambil ESP saya dapati luka pembedahan saya berasa ngilu dan kadang-kala pedih. Ketika ini bayi saya baru berusia 6 bulan. Sepatutnya luka pembedahan ini pulih seperti sediakala tapi malangnya saya sering berasa sakit dibahagian bawah perut. Kebetulan , saya perlu mengangkat barang berat di tempat kerja. Ini menyukarkan lagi proses penyembuhan saya. Walaupun saya sudah minum berbotol-botol pati ikan haruan dan gamat namun luka masih lagi tidak baik.

Kesan ESP

Kesan ESP boleh dirasai seawal dua minggu. Selepas pengambilan ESP saya dapati sakit di bahagian pembedahan tiada. Kulit juga bertambah licin dan sekata warna . Kedutan di perut atau 'Strecth Mark ' pulih seperti sediakala. Memang betul- betul menakjubkan. Paling saya suka tangan saya yang lenguh itu pulih kembali. Tangan saya lenguh sehingga saya tidak boleh mendukung anak saya. Segala perkara perlu dilakukan dengan tangan kanan.

Jika anda ingin tahu saya lenguh di pergelangan tangan . Tiga orang tukang urut yang bertauliah telah mengurut saya. tetapi hasilnya hampa.
Orang yang sesuai mengambil ESP :

1. Orang yang ingin menjaga kulit
2.Orang yang ingin menguruskan badan
3.Lelaki yang menjaga kesihatan
4.Ibu yang menyusukan anak
5.Pasangan yang inginkan zuriat
6.Orang yang selalu migrain
7.Ibu yang baru melahirkan anak
8.Orang yang ingin menambah tenaga

ESP juga boleh diambil bersama set kecantikan. Antara senarai vitamin yang terkandung dalam set kecantikan ialah :


 1. ESP
 2.B complex
 3.Vitamin C
 4.Vitamin E
 5.GLA (jika nak hilangkan jerawat)

Price :RM 536.50 mahal ???
tunggu anda masih boleh dapat murah jika anda ahli shaklee , harga ahli : RM430.00

Berbeza kan ???

Haah, kalau anda ingin lagi diskaun anda boleh memilih dengan pembelian 6 tin ESP percuma 1 tin ESP..
1 tin ESP habis dalam 3 hingga 6 bulan.
Dengan pembelian 6 tin ini anda dapat stok sehingga setengah tahun lebih.

Memang berbaloi-baloi , bukan sahaja dapat keahlian percuma anda juga layak bonus dari shaklee.

#ini adalah coretan saya, jika ada sebarang maklum balas mintak kerjasama anda untuk tinggalkan komen anda di bawah ni ye..

terima kasih ..

iza
0193905919

Selamat Datang Ke Blog Izza

Selamat Datang Ke Blog Izza