Dilaporkan semua epal hijau dan merah keluaran dari California tidak boleh dimakan kerana dijangkiti virus Leptirosis.
Apa itu Lestiriosis bakteria?
- Listeriosis adalah jangkitan yang berpunca dari bakteria yang bernama 'Listeria monocytogenes'
- Seseorang boleh dijangkiti dengan memakan makanan yang mengandungi bakteria tersebut
- Wabak ini menyerang sistem imun dan melemahkannya
- Orang tua, wanita hamil, bayi baru lahir, pesakit kanser, pesakit diabetes dan pesakit AIDS adalah mereka yang berisiko untuk dijangkiti.
- Bakteria boleh dijumpai dalam makanan dan minuman, termasuk makanan yang diproses, apabila makanan itu telah dicemari dengan virus ini biasanya mengambil masa 3 minggu untuk virus ini merebak.
- Demam, sakit sendi, diarrhea atau muntah, sakit kepala, kekejangan leher dan bagi sesetengah kes boleh membawa maut.
- Simptom boleh membawa kepada berminggu, tempoh hayat bakteria tersebut 21-70 hari.
- Wanita hamil yang dijangkiti berisiko untuk keguguran, kelahiran pramatang dan kelahiran kematian.
- Ia boleh dirawat dengan antibiotik
- Elakkan makanan separuh masak, seperti daging lembu, daging babi atau makanan yang tidak masak sepenuhnya.
- Sayur-sayuran perlu dibasuh dengan teliti sebelum dimasak atau dimakan.
- Jauhkan daging mentah dengan sayuran atau makanan yang telah dimasak.
- Elakkan susu yang telah dibuka dan makanan yang tidak dipastur dengan baik.
- Selepas mengendali makanan yang tidak dimasak, basuh tangan, pisau dan alat pemotongan serta papan pemotong.
- Gunakan makanan beku dan siap dimasak dengan segera, jangan tunggu hingga berminggu.

Diharapkan perkongsian saya ini mendapat manfaat untuk anda semua.
izzapis1505@gmail.com