Ahad, 18 Januari 2015

Apa itu listeriosis????

Artikel ini saya dapati dalam surat khabar NST edisi harini 18.1.2015. Akhbar ini berbahasa inggeris, tetapi tidak mengapa saya dah tolong translate kan..

Dilaporkan semua epal hijau dan merah keluaran dari California tidak boleh dimakan kerana dijangkiti virus Leptirosis.

Apa itu Lestiriosis bakteria?
  • Listeriosis adalah jangkitan yang berpunca dari bakteria yang bernama 'Listeria monocytogenes'
  • Seseorang boleh dijangkiti dengan memakan makanan yang mengandungi bakteria tersebut
  • Wabak ini menyerang sistem imun dan melemahkannya
  • Orang tua, wanita hamil, bayi baru lahir, pesakit kanser, pesakit diabetes dan pesakit AIDS adalah mereka yang berisiko untuk dijangkiti.
Bagaimana seseorang dijangkiti ?
  • Bakteria boleh dijumpai dalam makanan dan minuman, termasuk makanan yang diproses, apabila makanan itu telah dicemari dengan virus ini biasanya mengambil masa 3 minggu untuk virus ini merebak.
Simptoms 
  • Demam, sakit sendi, diarrhea atau muntah, sakit kepala, kekejangan leher dan bagi sesetengah kes boleh membawa maut.
  • Simptom boleh membawa kepada berminggu, tempoh hayat bakteria tersebut 21-70 hari.
  • Wanita hamil yang dijangkiti berisiko untuk keguguran, kelahiran pramatang dan kelahiran kematian.
Rawatan
  • Ia boleh dirawat dengan antibiotik
Pencegahan
  • Elakkan makanan separuh masak, seperti daging lembu, daging babi atau makanan yang tidak masak sepenuhnya.
  • Sayur-sayuran perlu dibasuh dengan teliti sebelum dimasak atau dimakan.
  • Jauhkan daging mentah dengan sayuran atau makanan yang telah dimasak.
  • Elakkan susu yang telah dibuka dan makanan yang tidak dipastur dengan baik.
  • Selepas mengendali makanan yang tidak dimasak,  basuh tangan, pisau dan alat pemotongan serta papan pemotong.
  • Gunakan makanan beku dan siap dimasak dengan segera, jangan tunggu hingga berminggu.

                                                       
 Anda juga boleh amalkan pemakanan sihat dengan mengambil suplimen tambahan seperti vitamin c dan multivitamin vitalea.Ini untuk memperkuatkan sistem imun tubuh. Garlic juga memperkuatkan sistem imun tubuh boleh juga didapati.

    








Diharapkan perkongsian saya ini mendapat manfaat untuk anda semua.

izzapis1505@gmail.com

14 ulasan:

mr ishak berkata...

Kalau makan kat steamboat lagilah rasanya sebab kat steamboat semuanya separuh masak....

Unknown berkata...

kena sentiasa berhati-hati..
tq info yang menarik untuk dikongsikan..

adarain berkata...

Heboh sekarang ni pasal virus. thanks for da info.

adarain berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mrhanafi berkata...

lebih baik berhati-hati selepas ini..

mrhanafi berkata...

makan umai..makan mentah lagi dahsyat tu

tehr berkata...

nasib juga tak suka makan epal
pisang lebih menjadi pilihan kami

jie susanos berkata...

risau la nk mkn epal gini..nice info..

Sani berkata...

Bahaya juga penyakit ni..boleh sampai maut... Nampak gaya kena hati-hati pasal makan ni..

mrhanafi berkata...

ya..bahaya juga benda tu ye..

p/s:Tambahkan ilmu untuk minda dengan membaca blog Buku Online

HAMIDIsP berkata...

Sekalipun teknologi AS sudah begitu canggih dengan amalan kesihatan yang sangat ketat, masih lagi boleh terlepas bakteria yang berbahaya ni..

ANIM berkata...

balas kunjung...
terima kasih kerana sudi drop komen

anamizu berkata...

bahaya juga ya. kena hati2 lah.

nohas berkata...

vitamin memng penting utk imunisasi badan..vit C in shaa Allah, tak tinggal..

Selamat Datang Ke Blog Izza

Selamat Datang Ke Blog Izza