Rabu, 10 Disember 2014

10 cara masak dengan cepat

Asslammualaikum W.B.T

 Saya ada sedikit petua yang saya dapat dari buku 'Readers Digest'
Jika anda ingin membaca dalam bahasa inggeris dipersilakan, anda boleh rujuk keluaran November 2014 . Saya telah menolong anda dengan menukar bahasa melayu
  1. Mulakan dengan kepanasan, panaskan ketuhar grill dan masak air atau masak nasi dahulu.
  2. Potong semua makanan menggunakan gunting bagi memudahkan proses pemotongan
  3. Letakkan semua sayuran dan daging yang perlu dibersihkan dan basuh di dalam bekas yang besar. Elakkan basuh satu-satu kerana kerja akan menjadi lebih lambat. Basuh semuanya sekali. Sementara basuh daging atau ayam, sayuran boleh dimulakan masak.
  4. Jika masakan yang memerlukan untuk menggunakan bawang putih, bawang merah,halia dan kunyit. Anda boleh mengisar dahulu atau tumbuk dahulu sehingga lumat.
  5. Potong daging atau ayam kecil-kecil supaya cepat masak.
  6. sayur pun begitu, potong kecil-kecil dan dalam 10 minit sayur akan siap dimasak.
  7. Jika anda ayam atau daging cepat dimasak, rebus dahulu sebelum dimasak agar empuk dan segera dimasak.
  8. Kurangkan penggunaan air, kerana air rebusan daging atau ayam akan keluar dan kuah anda akan menjadi lebih pekat.
  9. Gunakan sayur yang sejuk beku untuk sup kerana sayur cepat dimasak walau lama beku.
  10. Jika anda terlupa nak cairkan mentega, anda boleh cuba mencairkan didalam ketuhar gelombang mikro.
                                                                       


Jika anda ada sebarang penambahan dan cadangan boleh komen di bawah ni ye.

Alhamdulillah dapat sharing dengan anda.
Happy reading
izzapis1505@gmail.com

Tiada ulasan:

Selamat Datang Ke Blog Izza

Selamat Datang Ke Blog Izza