Rabu, 3 Disember 2014

Makanan yang baik untuk pesakit diabetes

Seperti yang kita ketahui makanan merupakan salah satu yang perlu dikawal oleh pesakit diabetes. Pesakit perlu bijak mengawal pengambilan makanan agar kadar gula tetap stabil.
Pesakit diabetes juga perlu mengetahui makanan yang dapat membantu mengurangkan gula dalam darah. Antara jenisnya adalah :

Peria
Pada umumnya peria digunakan oleh masyarakat asia sebagai ubat-ubatan dan dalam masakan. Makan buah ini dapat turunkan gula dalam darah. Kalau masak dengan rempah atau sayuran lain lebih sedap rasanya kerana peria pahit. Lebih-lebih lagi kalau goreng bersama telur, pasti sedap rasanya.


                                        peria dgn udang petua untuk hilangkan rasa pahit peria rendam peria ...

Biji-bijiran
Biji-bijiran kaya dengan beta glucan. Makanan paling bagus yang boleh menurunkan gula dalam darah. Digalakkan 3-5 hidangan bagi orang dewasa setiap hari.

Bawang putih
Bawang putih memiliki bahan aktif seperti (ALDL) dan (GLDL) yang boleh membantu mengurangkan gula dalam darah.

Blueberry
Buah Beri biru boleh membantu menambah insulin bagi pesakit diabetes. Buah beri ini boleh didapati dalam minuman yogurt, yogurt dan makanan yang dicampur buah beri seperti biskut oats.

Halba

Halba, yang mempunyai potensi anti-daibetik setaraf kulit kayu manis, adalah salah satu rempah bernilai untuk mengawal metabolisma gula dan oleh itu menghalang dan merawat kencing manis diabetes type II.

Halba mengurangkan rintangan insulin peringkat sel dan mengawal homeostasis glukosa darah. Halba telah dikaji yang hasilnya menunjukkan menurunkan paras gula darah sebanyak 46% pada pesakit kencing manis.
Mekanisma yang belaku ialah:
1- melambatkan proses penyerapan karbohidrat
2- melambatkan pengangkutan glukosa
3- melambatkan perut terasa kosong

Halba meningkatkan bilangan receptor untuk insulin dalam sel darah merah dan juga menggalakkan tisu sekitarnya menggunakan glukosa.
Selain itu halba juga meningkatkan paras antioksiden dan mengurangkan pemusnahan oksidasi lipid yang berkaitan diabetes.
Biji halba juga tinggi fiber dan mengimbangi serta melambatkan penyerapan gula dalam intestin. Fiber mukilagin ini juga mengurangkan penyerapan lemak dan kolesterol dalam intestin dan oleh itu memberi kawalan terhadap penyakit jantung dan obesiti/kegemukan.
Cara pengambilan ialah dengan membuat teh halba, satu sudu teh dalam satu tehkoh (sederhana) dengan air panas.

Halba juga boleh digunakan sebagai rempah masakan.  Halba biasanya ditaburkan di atas bersama nasi lemak.


                                           Halba campur ni adalah bahan terpenting dalam resepi asli kari dari ...

Anda boleh menambah jika ada makanan yang baik untuk pesakit diabetes.

Macam mak saya memilih untuk mengambil esp sebagai makanan tambahan. Mak saya menikmati esp bersama quaker oat atau nestum. Alhamdulillah , kencing manis mak semakin berkurangan.


 jika ada sebarang komen, anda dialu-alukan untuk memberi ulasan.

izzapis1505@gmail.com
0193905919

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kena jaga pemakanan.. skarang semua memanis..

izzapis berkata...

betul ct humairah

Mohd Khairul Mohd berkata...

wah....bagus untuk diamalkan..terima kasih iza.

Selamat Datang Ke Blog Izza

Selamat Datang Ke Blog Izza