Ahad, 28 September 2014

cara sihat ketika berpantang

     Assalammualaikum.. wbt

Di kesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya yang tidak seberapa ni. Anda boleh mengulas jika ingin berkongsi sedikit ilmu dengan saya. 

Saya telah menjalani dua cara bersalin yang berbeza, normal dan ceaseran. Dua- dua kaedah ini memang begitu sinonim dalam zaman yang serba canggih ni.

Anak pertama saya meninggal dunia dalam kandungan ketika 9 bulan, namun begitu saya tetap kena menjalani proses melahirkan anak secara normal. Ya , memang amat menyakitkan apabila mengetahui bahawa anak yang kita bakal lahirkan telah telah meninggal dunia. Namun, saya redha dengan segala ketentuanNYA. Saya tahu anak saya menanti saya di Syurga. Al-fatihah untuk Nur Kamalia.

Doktor telah memasukkan ubat untuk membuka jalan untuk bersalin secara normal. Setelah dua x ubat dimasukkan barulah jalan untuk bersalin buka sampai 4 cm dan kemudian saya dimasukkan dalam labour room untuk proses seterusnya.

Di dalam labour room Doc memasukkan sejenis cecair (saya dah lupa nama dia), dengan cecair ini sakit semakin menjadi-jadi dan jalan semakin buka ke 6 cm.

Akhirnya selepas bertarung selama  dua jam, anak sulung saya berjaya dilahirkan. Tanpa tangisan yang mengiringi dengan mata telah tertutup anak sulung saya pergi meninggalkan saya di dunia ini dan menunggu saya di pintu syurga. Alfatihah untuk arwah nur kamalia. Dengan berbekalkan hati yang tabah saya meneruskan pengalaman berpantang seorang diri.

Selepas keluar dari hospital, biasanya kondisi ibu dalam keadaan yang sangat lemah. Ibu yang melahirkan perlu banyakkan rehat, tidur yang mencukupi dan makanan yang berzat. Antara makanan yang boleh dimakan dan makanan yang perlu dielakkan oleh ibu:


  • Sayur-sayuran yang tidak sejuk atau angin seperti sawi, tomato, lobak merah, lobak putih.
  • Buah-buahan yang kurang air seperti anggur, epal merah, pisang untuk tambah tenaga.  Elakkan makan buah yang banyak air kerana ibu berpantang seharusnya tidak boleh minum air dengan banyak. Dikhuatiri kembang nanti atau susah untuk kurus.
  • Ikan yang gatal seperti cencaru, tongkol, yang mempunyai isi hitam harus dielakkan. Seeloknya ikan yang bersisik atau bertulang banyak perlu diamalkan seperti ikan kerisi, ikan kunyit, ikan parang, ikan tenggiri.
  • Roti dan biji bijiran seperti quaker oat dan nestum amat baik sebagai permulaan hari.
  • Anda juga boleh menukar selera makan dengan mencuba ESP sebagai alternatif lain. ESP boleh dinikmati bersama quaker oat, nestum kurma sebagai penambah tenaga dan sebagainya.
Petua
1.Bangun pagi setiap hari, tidak elok bangun bila matahari atas kepala dikhuatiri angin masuk ke kepala.
2.Berurut selama 3 hari sekurang-kurangnya kalau nak lagi bagus sebulan pun tak mengapa.
3.Mandi serom atau mandi bunga dan tumbuh-tumbuhan wangi seperti daun pandan, serai wangi dan lain-lain lagi.
4.Bertangas atau mandi wap bagus untuk menguruskan badan ibu.
5.Pakai pilis dan ikat rambut tinggi2 dan pakai stokin untuk elakkan diri kena masuk angin



Tiada ulasan:

Selamat Datang Ke Blog Izza

Selamat Datang Ke Blog Izza